KESAN LUAS PERMUKAAN TERHADAP KADAR TINDAK BALAS.
Jika salah satu bahan dalam bentuk serbuk , maka lebih besar luas permukaan akan terbentuk.
Bermakna, terdapat kawasan yang lebih besar dan pelanggaran diantara bahan bahan tindak balas boleh berlaku.
Lebih besar bilangan pelanggaran , kadar tindak balas lebih cepat.
Tindak balas antara logam magnesium dan asid hidroklorik cair melibatkan pelanggaran antara atom magnesium dan ion hydrogen.
Pertambahan bilangan perlanggaran dalam masa satu saat , meningkatkan kadar tindak balas
Contoh : Serbuk kalsium karbonat bertindak balas lebih cepat dengan asid hidroklorik cair berbanding ketulan kalsium karbonat.
No comments:
Post a Comment